Pemerah pipi merah jambu sentiasa
menjadi pilihan wanita yang memakai alat solek di wajah tetapi adakah
anda rasa pemerah pipi berwarna merah jambu itu sesuai dengan tona kulit
anda? Tahukah bagaimana untuk memilih pemerah pipi yang sesuai ?
Kenal pasti tona kulit anda
Langkah pertama ialah untuk mengetahui sama ada anda mempunyai tona kulit panas atau sejuk.
- Jika urat di bahagian dalam pergelangan tangan anda kelihatan biru, anda sesuai memakai aksesori berwarna perak dan pakaian putih dan hitam terang menonjolkan kecantikan warna kulit anda.
- Anda kemungkinan besar mempunyai tona warna kulit panas jika urat di bahagian dalam pergelangan tangan anda kelihatan hijau, anda sesuai memakai perhiasan emas, dan warna neutral /tan menyerlahkan lagi kecantikan tona kulit anda.
Pemerah Pipi Dalam Bentuk Krim, Serbuk Atau Cecair?
Formula pemerah pipi dalam bentuk krim
menambah kelembapan diperlukan untuk si kulit kering atau kulit matang,
dan membuat kulit anda bersinar dari dalam. Serbuk pemerah pipi akan
mempunyai kuasa untuk tahan lebih lama pada pemilik kulit berminyak dan
jika anda mempunyai bintik atau kesan jerawat pada wajah, anda boleh
memakai pemerah pipi berbentuk serbuk selepas menyapukan concealer.
Pemerah pipi berbentuk cecair boleh menghilangkan solekan asas anda jika
disapu terlalu kuat. Anda boleh menggunakan pemerah pipi cecair ( liquid stain ) untuk kesan yang cepat dan warna yang menyerlah.
- Kulit putih pucat
Sesuai memakai pemerah pipi warna merah jambu yang terang, yang akan mewujudkan efek merah lembut pada pipi anda.
- Kulit sawo matang
Peach atau oren lembut akan menyerlahkan
lagi kecantikan kulit anda kerana ia membantu meningkatkan cahaya yang
wujud dalam kulit anda. Untuk warna yang lebih kaya dan padat , sapukan
pemerah pipi berbentuk krim.
- Warna kulit zaitun
Warna kulit seperti warna buah zaitun
kelihatan sesuai dalam kedua-dua warna pemerah pipi berwarna oren atau
merah jambu. Tetapi, digalakkan memakai pemerah pipi berwarna coklat
neutral untuk menambahkan dimensi terhadap warna kulit anda. Atau jika
anda berani , sapukan pemerah pipi dengan warna pop merah jambu terang.
- Warna kulit gelap
Anda boleh memakai pemerah pipi berwarna
merah jambu terang ataupun oren-merah terah untuk menyerlahkan wajah
anda. Anda juga boleh gunakan pemerah pipi yang mempunyai glitter untuk
memberi efek cahaya atau glowing pada pipi anda.
TIPS!
Jika anda cenderung untuk memakai gincu bibir dengan warna lebih kuat, pilih pemerah pipi dengan warna merah muda neutral yang akan membuatkan struktur tulang pipi meninggikan.
Jika anda cenderung untuk memakai gincu bibir dengan warna lebih kuat, pilih pemerah pipi dengan warna merah muda neutral yang akan membuatkan struktur tulang pipi meninggikan.
No comments:
Post a Comment