بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Maulidur Rasul
ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan
mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan,
ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan
sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107).
Imam Syafie Rahimahullah berkata: “Sesiapa
mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW
dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta
menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya
Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali,
orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga
yang penuh dengan nikmat.”
No comments:
Post a Comment