Monday, January 5, 2015

Apa Itu 7 Dalam 1 Makanan SUNNAH?

S.U.N.N.A.H merupakan formula 7 dalam 1, kombinasi ekstrak 7 makanan sunnah iaitu madu (honey), kurma (kurma), zamzam (zamzam water), habbatus sauda (black seed), delima (pomegranate), tiin (fig) dan zaitun (olive) yang digabungkan menjadi gel likat di dalam paket mudahguna. Setiap bahan yang terkandung dalam S.U.N.N.A.H memiliki kehebatannya tersendiri yang mampu menjadi penawar pelbagai penyakit bukan sahaja terbukti secara saintifik, malahan turut diperakui khasiatnya oleh baginda Rasulllah S.A.W melalui hadis-hadis dan ayat-ayat suci Al-Quran.
Amalan pengambilan gabungan ekstrak 7 makanan sunnah ini melalui S.U.N.N.A.H bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, In Shaa Allah..




zamzam
Air Zam Zam (Zamzam Water) terkenal dengan ciri-ciri penyembuhan kerana ia mengandungi kandungan Kalsium, Garam Magnesium dan juga fluorida semula jadi yang tinggi merangkumi tindakan yang memadam rembasan penyakit. Nabi S.A.W. berkata: "Air yang terbaik di muka bumi ialah air Zamzam, ia adalah sejenis makanan dan penyembuhan dari penyakit."
madu-honey
Madu (Honey) mengandungi kualiti nutrisi dan ubat-ubatan yang tinggi dengan anti-oksida, anti-jangkitan dan anti-bakteria yang telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit usus, luka-luka kulit dan batuk. Sabda Nabi S.A.W., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.
delima-buah
Delima (Pomegranate) adalah salah satu buah yang paling padat nutrien untuk kesihatan yang baik secara keseluruhan. Anti-oksida yang kuat sebatian fitonutrien di dalamnya bukan sahaja amat baik untuk jantung dan saluran darah, tetapi juga telah terbukti untuk menghalang pelbagai pelbagai sel-sel kanser. Dari Ibn 'Adiyy Al-Kaamil, Nabi SAW bersabda: "Tidak ada benih tunggal delima yang memasuki perut seseorang kecuali ia menerangi hatinya dan menangkis bisikan syaitan selama 40 hari."
zaitun-olive
Zaitun (Olive) adalah sumber vitamin, mineral dan asid amino yang terbaik. Polifenol semulajadi dalam Zaitun membantu untuk mengurangkan tekanan oksidatif dalam otak. Dari Abu Hurairah, Nabi S.A.W. bersabda, " Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya, kerana ada penawar untuk tujuh puluh (70) penyakit di dalamnya, [dan] salah satu daripadanya adalah kusta."
buah-tiin-fig
Buah Tiin (Fig) mempunyai kandungan mineral keseluruhan tertinggi di kalangan semua buah-buahan. Ia kaya dengan serat, tembaga, mangan, kalsium, vitamin K dan sumber yang baik flavonoid dan polifenol termasuk asid Gallic, asid chorogenic, asid syringic dan rutin. Dari Sahih Al-Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
kurma-dates
Kurma (Dates) sarat dengan serat yang tinggi, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan lain-lain) , asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan. Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi S.A.W. berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."
habbatus-sauda-blackseed
Habbatus Sauda atau Jintan Hitam (Black Seed ) mengandungi pelbagai komposisi kimia yang terdiri daripada crytalline nigellone, 15 asid amino, alkaloid, saponin, protein, karbohidrat, yang mana ianya mineral penting yang membantu mengekalkan kesihatan pernafasan, perut dan kesihatan usus, buah pinggang dan fungsi hati, peredaran darah dan sistem imun sokongan, dan untuk kesihatan keseluruhan badan. Dari Abu Hurairah R.A., Nabi s.a.w. berkata, "Habatus Sauda adalah ubat bagi setiap penyakit kecuali Al Saam (kematian)."
    KEBAIKAN & KHASIAT MAKANAN SUNNAH
    1. Membantu merawat penyakit buasir, gout, penyakit kusta, kista, fibroid, buah pinggang, masalah hati, masalah jantung, masalah peredaran darah dan banyak lagi ....
    2. Mempunyai pelbagai vitamin dan garam mineral baik yang diperlukan badan
    3. Memberi tenaga tambahan dan menambah stamina badan
    4. Meningkatkan daya imuniti semulajadi badan
    5. Menyegarkan badan dan mengurangi rasa mengantuk
    6. Menghilangkan letih dan lesu badan
    7. Melancarkan pengaliran tekanan darah
    8. Meningkatkan ketahanan badan dari penyakit sepertijantung dan kanser
    9. Melegakan tekanan perasaan, sakit kepala dan migrain
    10. Mengandungi anti oksida untuk mempertahankan badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas
    11. Membantu menguatkan ingatan
    12. Membantu mengekalkan kesihatan pernafasan, perut, usus, buah pinggang, fungsi hati, peredaran darah dan sistem imun sokongan badan
    13. Memberi tenaga sepanjang harian
    14. Awet muda
    15. Membantu merawat pelbagai lagi jenis penyakit..

Sunday, December 21, 2014

TIP MENURUNKAN BERAT BADAN

Saban hari , semakin ramai sedar akan pentingnya menurunkan berat badan. Badan yang berlebihan berat boleh mendatangkan pelbagai kesukaran dan kemudaratan. Contohnya , melambatkan pergerakan, cepat berasa mengah dan berasa tidak fit untuk melalukan pelbagai perkara.  Sekiranya anda mencari penyelesaisan untuk mengurangkan berat badan, lakukanlah dengan mengambilkira semua tip, petua, cara yang benar-benar berkesan dan yang paling penting ianya adalah cara yang sihat. Sekiranya terlalu cepat tetapi tidak sihat juga akan mendatangkan masalah di kemudian hari. Oleh itu, ada baiknya memilih kaedah mengurangkan berat badan dengan cara atau kaedah seperti berikut :


Mengawal pengambilan makanan setiap hari
Membanyakkan minum air masak
Memperbanyakkan pengambilan sayur hijau dan buah-buahan 
Mengurangkan pengambilan nasi 
Mengurangkan pengambilan nasi setiap hari
Bersukan atau engikuti mana-mana kelas zumba/ fitness centre / gym dengan konsisten
Berpuasalah dengan niat melakukan amal ibadah kerana Allah iaitu  berniat melakukan puasa-puasa suna.  Selain mendapat pahala berpuasa sunat, kita juga dapat mengawal dari mengambil banyak makanan.


Pengambilan buah-buahan dalam diet seharian          
                                                                      sumber gambar 



Selain dari tip-tip di atas, terdapat satu tip yang boleh anda lakukan setiap kali anda hendak makan berlebihan. Ianya mempunyai unsur humor .  Cara untuk turunkan berat badan adalah dengan 'pusingkan kepada ke kiri dan ke kanan . Ulang senaman ini setiap kali kamu di pelawa makan. Lucu tetapi sangat praktikal. 






Setiap usaha dalam mendapatkan berat badan yang ideal menuntut masa dan usaha, Jangan mudah berputus asa . Bagi ibu-ibu yang sedang hamil atau mengandung, perlukan mengambil makanan seimbang kerana keperluan untuk membekalkan makanan kepada bayi anda juga. Badan yang naik sepanjang proses kehamilan akan pulih semasa proses penyusuan dan juga semasa berpantang selama 44 hari. Pengambilan makanan yang  tersusun diiikuti dengan pengambilan jamu mampu mengembalikan bentuk badan asal seseorang. 

Sentiasalah memberikan perhatian terhadap berat badan anda. Semoga berjaya dalam usaha mengawal berat badan - berat yang paling ideal . 

Thursday, June 19, 2014

Zink untuk wajah yang lebih muda, cerah & kesihatan seksual lelaki

Meningkatkan kesihatan dan nafsu lelaki   ** untuk pembacaan 18 thn keatas shj.. hehehehhehe :)


  • Kajian melaporkan bahawa zink dapat mengurangkan pembesaran prostate sebanyak 75% daripada kesemua kes-kes pembesaran prostate. Ia membantu melegakan masalah pembuangan kencing lelaki seperti tidak berdaya menahan air kencing, pengaliran air kencing yang lemah dan sebagainya.
  • Zink meningkatkan penghasilan testosterone yang amat diperlukan untuk mengekalkan nafsu lelaki, penghasilan sperma dan motilitinya - Motility is a biological term which refers to the ability to move spontaneously and actively, consuming energy in the process (Wikipedia)
  • Kekurangan zink menyebabkan penurunan tahap testosterone dan seterusnya mengakibatkan kehilangan jisim dan kekuatan otot di kalangan lelaki yang meningkat usia
  • Zink mengurangkan hormon perempuan iaitu prolaktin dalam badan lelaki. Prolaktin yang berlebihan menyebabkan mati pucuk, ketidaksuburan dan pembesaran buah dada lelaki.
  • Zink membantu menghalang atau memulihkan keadaan corak am kegondolan lelaki iaitu jenis masalah rambut gugur yang paling lazim di kalangan lelaki

Menggalakkan wajah yang lebih muda tanpa cela & rambut ikal mayang
Zink adalah penting untuk sintesis kolagen. Oleh itu, ia diperlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit supaya dapat mengelakkan pembentukan kedutan dan kulit berlendut. Ia juga membantu mengurangkan masalah kulit kepala dan rambut berminyak supaya mengekalkan rambut yang ikal – mayang dan tidak mudah gugur. Zink amat diperlukan untuk pembentukan Superoxide Dismutase satu antioksidan yang memainkan peranan penting dalam anti penuaan. - Tanya aunty wikipedia : Superoxide dismutases(SOD, EC 1.15.1.1) are a class of enzymes that catalyze the dismutation ofsuperoxide into oxygen and hydrogen peroxide. As such, they are an important antioxidant defense in nearly all cells exposed to oxygen. One of the exceedingly rare exceptions is Lactobacillus plantarum and relatedlactobacilli, which use a different mechanism.

Mengurangkan kulit berminyak dan berjerawat
Zink mengawalatur kelenjar sebum untuk mengatasi kulit berminyak dan mengurangkan jerawat pada kulit. Ia juga mengurangkan keadaan jerawat yang teruk, mengurangkan kemerahan dan bengkak dengan ketara, mengurangkan pembentukan parut akibat jerawat dengan mempercepatkan penyembuhan luka.

Penyembuhan luka – yes.. zink dapat mempercepatkan penyembuhan luka. Ibu-ibu yang lepas bersalin samaada secara normal atau caesarean digalakkan untuk mengambil zinc semasa berpantang. Saya teringat sewaktu saya berpantang dahulu, nurse di klinik ibu dan anak membekalkan saya Vitamin B (tunggu entry kebaikan vitamin B dari saya) dan Zinc untuk tempoh berpantang kerana saya melahirkan anak secara caesarean. Nurse menasihati saya supaya mengambil Vitamin B untuk membekalkan tenaga dan Zink untuk penyembuhan luka. Pada ketika itu saya tidak mengambil endah kepentingan zink, maklumlah belum ada kesedaran terhadap vitamin. Nasib baik sepanjang tempoh berpantang itu saya mengamalkan pengambilan sup ikan haruan. Ya ikan haruan juga kaya dengan zink. ( saya akan kupas kebaikan zink ini di dalam entry saya seterusnya especially utk ibu berpantang). Sebab itulah di dalam set berpantang Eupohria ini, kami masukkan sekali Zink untuk kesihatan ibu selepas bersalin

Banyak lagi kebaikan zink yang akan saya ceritakan di dalam blog Almari Vitamin ini.
Tunggu entri saya seterusnya yaa..

Tahukah anda ??
  • Untuk sekian lamanya, tiram telah dianggap sebagai pembangkit syahwat lelaki yang mujarab dan penyelidikan akhirnya telah mengesahkan sebabnya - tiram adalah kaya dengan zink.
  • Zink amat diperlukan untuk kesihatan seksual lelaki, namun demikian setiap lelaki mengeluarkan air maninya dia akan kehilangan hampir-hampir 15mg zink dalam spermanya.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan vitamin Zink, bolehlah membuat pembelian menggunakan id saya iaitu 1094565 atau boleh email saya di  hijabverdaent@gmail.com atau sms saya @ 014.966.0431.


Tuesday, June 17, 2014

GLA Complex - kegilaan ramai wanita.

Kepada lama yang dah kenal Shaklee, GLA Complex adalah antara suplemen yang menjadi kegilaan wanita.. Nak tahu kenapa??
Ha.. meh sini nak cerita.. kenapala ramai wanita suka sangat dengan GLA Complex ni..



GLA Complex Shaklee ini terhasil daripada :
  • GLA atau nama panjangnya - gamma linolenic acid membantu badan kita untuk membina prostaglandins -sejenis hormon yang membantu untuk menstabilkan proses badan seperti peredaran yang sihat & perlindungan dinding arteri.
  • Minyak Borage, - mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding Evening Primrose Oil dan mudah diserap boleh badan
  • Minyak Biji Matahari - salah satu sumber asid lemak Omega-6
  • Vitamin E semulajadi - yang membantu untuk melindung dinding arteri dan menyokong sistem imunisasi denga cara menyeimbangkan integriti sel.

Diantara komen dan feedback positif yang saya dapat daripada customer selepas mengamalkan GLA Complex ini adalah period kembali normal dan masalah seperti menstrual pain berkurangan.
Selain itu respon yang saya dapat, jerawat mulai kurang dan mudah kecut. Dan respon positif paling best saya dapat ialah ada customer berjaya hamil setelah mengamalkan GLA Complex ini ( ada cara pemakanannya). Menarik bukan..

GLA Complex ini sangat membantu untuk mengawal & mengatur kitaran haid disamping melegakan sindrom pra haid atau masalah senggugut. Ia juga dapat menguatkan kuku & rambut, danmenjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri. Kalau anda tak percaya, try la amalkan GLA Complex, mesti jadi best friend punya lepas ni.

shhhh nak tahu satu rahsia lagi, GLA Complex ini juga bolehmeningkatkan kesuburan. dan kepada yang berusaha untuk hamil, boleh amalkan GLA Complex ini dalam diet harian mereka (ada tips dan cara pemakanannya untuk hamil**)

ha.. lagi satu, kepada yang meniti hari bahagia, apa kata amalkan GLA Complex sebelum hari persandingan anda, insyaAllah wajah akan lebih berseri-seri di tambah lagi dengan seri pengantin.. bukan sahaja wajah berseri malah dalaman juga 'berseri-seri'.


Sekiranya anda pengamal suplemen EPO, anda bolehlah bertukar kepada GLA Complex Shakleee hari ini kerana ianya jauh lebih baik dan yang penting ia adalah semulajadi.

Berminat? Nak dapatkan GLA Complex Shaklee ini dengan harga istimewa, boleh hubungi saya di 0139660431 atau email hijabverdaent@gmail.com

Boleh like Fan Page kami di House of Healthy Products 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kenali Phytocol-ST Shaklee

Adakah anda tertanya-tanya apakah sebenarnya Phytocol-ST Shaklee ni kan? Yerlah produk baru dari Shaklee..Masih panas-panas lagi. Berikut adalah soalan-soalan yang mungkin bermain-main di fikiran anda. Jom Kenali apakah Phytocol-ST Shaklee:-

Apa itu Phytocol-ST Shaklee?
Phytocol-ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2000mg Fitosterol setiap hari
Apa itu Fitosterol?
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) ditemui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.
Bagaimana pengambilan tablet ini dapat membantu kesihatan saya?
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol setiap hari, bersama-sama diet rendah lemak tepu dan rendah kolesterol disamping tinggi serat laut, bersenam dan penurunan berat badan.
Bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil Phytocol-ST Shaklee?
Untuk hasil yang terbaik, ambil produk seperti yang disyorkan: 2 tablet dua kali sehari dengan makanan.
Bolehkah saya mengambil Phytocol-ST Shaklee dan OmegaGuard shaklee pada masa yang sama?
Ya, Tiada sebab kenapa anda tidak boleh mengambil kedua-dua produk ini demi menjaga kesihatan anda. Anda juga boleh mengambil CoQ Health plus shaklee yang boleh mengoptimumkan manfaat Phytocol-ST Shaklee.
Adakah produk ini sesuai untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol tinggi sahaja?
Phytocol-ST Shaklee dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Oleh yang demikian, ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.
Adakah Phytocol-ST Shaklee bebas gluten?
Ya, Phytocol-ST Shaklee bebas gluten.

Keistimewaan Shaklee
  • Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitosterol
  • Membekalkan 2000mg fitosterol tumbuhan setiap hari
  • Menepati 100% keperluan harian fitosterol yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis
Tahukah anda. Untuk memperolehi 2000mg Fitosterol setiap hari, anda perlu mengambil makanan yang berikut untuk mencukupkan keperluan tersebut.
Jika anda tidak berupaya berbuat demikian, dapatkanlah Phytocol-ST Shaklee hari ini untuk menurunkan paras kolesterol anda secara semulajadi.

Thursday, February 13, 2014

Kebaikan Vitamin C Shaklee


Merindui vitamin C Shaklee 500mg (Sustain Released)? Jangan bimbang, anda boleh menggantikan kerinduan anda terhadap vitamin C Shaklee itu dengan pilihan Chewable Vita-C Plus 100mg. Formulasi yang sama seperti vitamin C 500mg, namun ia tidak bersifat pelepasan masa dan setiap tablet bernilai 100mg.

Lebih menarik, Chewable Vita-C Plus 100mg ini juga adalah vitamin yang anak-anak anda pasti sukakannya selain daripada suplemen Meal Shakes! Hanya hisap atau kemam sahaja. Rasanya yang masam-masam manis pasti menarik hati.


suplemen vitamin c untuk kanak-kanak yang sihat
Chewable Vita-C Plus 100 mg
Citrus Bioflavonoids Complex vitamin C paling lengkap
Dengan tambahan Citrus Bioflavonoids Complex



Chewable Vita-C Plus 100mg semasa mabuk hamil


Pengalaman saya di awal kehamilan, bekalan Chewable Vita-C Plus 100mg ini amat penting dalam membantu menghilangkan rasa mabuk hamil saya. Malahan, semasa trip Shaklee ke Langkawi tahun lepas, kami dibekalkan dengan Chewable Vita-C Plus 100mg ini sebagai penghilang mabuk laut.

Suplemen Vitamin C paling lengkap di pasaran


Dengan tambahan Bioflavenoids ComplexChewable Vita-C Plus 100mg kini mengalami revolusi apabila menjadi suplemen vitamin C paling lengkap di pasaran. Ternyata Shaklee sangat mementingkan kualiti.

Kebaikan Chewable Vita-C Plus 100mg


  • Bersifat antioksidan
  • Untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi
  • Immune booster
  • Disyorkan bagi mereka yang sukar atau tak suka menelan pil
  • Semulajadi tanpa pewarna, perasa, pemanis dan pengawet tambahan
  • Tablet yang kecil dan mudah larut di dalam mulut
  • 1 biji Chewable Vita-C Plus 100mg bersamaan dengan setengah biji oren
  • Vitamin C terbukti berkesan untuk kecantikan kulit

Cara Mudah dan Ringkas Hilangkan Parut Jerawat yang Hodoh

Alhamdulillah saya dikurniakan kulit yang kurang bermasalah. Setakat jerawat sebiji dua timbul kala haid datang tu normallah. Itupun, sejak beranak-pinak ni amat jarang sekali muka ditumbuhi jerawat. Yelah, dah kurang stress.

Kalini saya nak share 6 tips asas untuk membantu anda yang mahu mendapatkan kulit yang cantik; membantu memudarkan parut hitam kesan jerawat dan lain-lain masalah di wajah. Tak perlu susah-susah, it is all about lifestyle.


  1. Minum air putih secukupnya sesuai keperluan badan. Kita sedia maklum pengambian air putih penting untuk menjaga kelembapan kulit, memudahkan proses detoksifikasi dan perkumuhan oleh tubuh, membantu kelancaran fungsi organ lantas menghasilkan sel-sel kulit yang sihat dan cantik.
  2. Rajin makan sayur dan buah. Letakkan target untuk makan 4-5 potong buah dan 1-2 hidangan sayuran setiap hari. Tak suka? Cubalah. Mungkin ini masanya untuk anda belajar buat salad buah dan sayur. Buah dan sayur selain diketahui kaya fiber yang bagus untuk proses perkumuhan tubuh, ia juga mengandungi pelbagai zat yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan sel kulit.
  3. Cucilah wajah secara teratur. Dua kali sehari dah cukup sebenarnya, tak perlu lebih-lebih. Gunakan pencuci wajah yang lembut dan sesuai untuk kulit. Juga, gunakan air sejuk semasa mencuci wajah untuk mengelakkan kulit wajah daripada kering, seterusnya jadi berkedut dan kelihatan tua! Terbaik, sapukan krim atau serum wajah yang sesuai untuk wajah selepas mencuci ya?
  4. Tidur yang cukup. Kurang tidur akan membuat kulit anda stress tau.. Stress mengganggu fungsi organ tubuh seterusnya akan beri kesan kepada seluruh tubuh. Tak percaya, cuba ingat-ingat masa belajar bilakah waktunya jerawat rajin singgah di wajah selain waktu haid? So, pastikan tubuh kalian mendapat rehat dan tidur secukupnya. Jangan terlebih tidur sebab nanti jadi sembab pula!
  5. Rajinlah bersenam untuk keluarkan peluh. Peluh-peluh ni mengandungi toksin sebab itu ia sepatutnya dikeluarkan daripada tubuh kita. Toksin pula ialah racun. Takkan nak simpan racun dalam badan kot kan? Jika tak dapat konsisten bersenam 30 minit untuk 3 kali seminggu, jangan rasa bersalah. Letakkan target mesti bersenam at least seminggu sekali kalau dah tahap sibuk sangat. Atlet negara ramai yang kulit cantik-cantik, glowing skin naturally lagi pula bersenam buat kita rasa happy :-)
  6. Last but not least, tolonglah jangan pegang-pegang sangat muka tu, lagi-lagi time ada jerawat. Tangan manusia sangat cepat memindahkan kuman dari satu tempat ke satu tempat. Picit-picit jerawat apatah lagi. Pastikan tangan betul-betul bersih dan peralatan yang digunakan untuk wajah telah distril.

Jadi, tu dia 6 tips mudah yang dapat saya share untuk semua. Senang kan? Bagi peminat produk Shaklee pula, ada berita gembira untuk anda.

Bersama dengan 6 tips di atas, anda boleh amalkan pengambilan ALFALFA, ESP DAN VITAMIN E untuk membantu mendapatkan kulit wajah idaman. Ini testimoni customer kami.


Testimoni kulit cantik dengan ESP, Alfalfa dan Vitamin E Shaklee
Testimoni kulit cantik


Selamat mencuba!

Cara Makan Omega Guard Shaklee Untuk Kanak-Kanak

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Omega Guard adalah salah satu daripada vitamin/suplemen yang disyorkan untuk anak-anak kita. Anda boleh mula memberikan Omega Guard kepada anak-anak seawal usia mereka setahun dengan dos minimum, iaitu sebiji sehari, dan tidak perlu pun setiap hari.

Utamakan pemberian nutrisi kepada anak-anak melalui air tangan sendiri ya.. sebab dalam fasa begini, ramai kanak-kanak sangat picky eater. Suplemen bukan penyelesaian masalah picky eater, tapi kerajinan kita sebagai ibu yang membantu mengatasi masalah tersebut.

Apa itu Omega Guard Shaklee?


Omega Guard Shaklee vitamin untuk kanak-kanak
Omega Guard bagus untuk minda kanak-kanak


Secara asas, anda perlu tahu ia adalah fish oil. Tapi, fish oil yang bagaimana?

Omega guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya.
Minyak ikan terbaik di dunia :-)

Manfaat Omega Guard Shaklee untuk kanak-kanak?

  1. Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak (selesema, demam kurang inshaALLAH)
  2. Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
  3. Membantu merawat eczema. Omega Guard ni bagus kalau nak kulit cantik tau ;-)
  4. DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.
  5. Disyorkkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme
  6. Dan banyak lagi sehingga mereka dewasa 

Cara beri anak makan Omega Guard?

  • Jika anak belum pandai mengunyah atau anda sendiri kurang yakin, boleh potong/pecahkan dan sudukan terus pada anak atau campur dalam makanan dan minuman mereka.
  • Beri mereka kunyah sendiri

Cadangan jadual makan vitamin Shaklee untuk ibu hamil

Cadangan Pengambilan Vitamin Untuk Ibu Hamil

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Setelah mengetahui vitamin Shaklee yang sesuai untuk ibu hamil, di sini saya menyediakan  cadangan pengambilan vitamin-vitamin tersebut :-

  1. Vitalea
  2. B complex
  3. Vitamin C
  4. ESP/ MealShake
  5. Ostematrix
  6. Omega Guard


Cadangan pengambilan vitamin Shaklee untuk ibu hamil


(1) B-Complex - 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic separately, because this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.

(2) Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea adalah multivitamin. jadi preggy mommies tak perlu ambil obimin lagi.
(3) Vit-C - 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.
(4) OsteMatrix - 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat dan gigi utk baby. kalau preggy mommies rajin minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari sudah memadai.
(5) Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari ajer. air mestilah air suam - plain water or any fave drinks (milo/ susu). ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya preggy mommies tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. kurang stretch-mark effect.
(6) Omega Guard - 1 tab daily is enough. Selebihnya, khasiat DHA ni boleh didapati dari pemakanan seharian. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. untuk preggy mommies pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Disyorkan pengambilan suplemen pada waktu malam untuk penyerapan nutrien yang lebih baik. Tapi, kalau nak ambil semua serentak memang agak sukar, kan?



(1) Selepas breakfast : Secawan ESP dan 1 biji Vita-Lea.

(2) Selepas lunch : B-Comp, Vit-C dan Omega Guard

(3) Selepas Dinner : 4 biji OsteMatrix.

Nota : Penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. pada waktu malam, kita kurang ke toilet, jadi tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. sebagai bonus, kawan2 akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp dengan badan yang lebih ringan.

* Sekadar cadangan. Jadual adalah fleksibel

Edited from Genki Momma Health Corner

Tuesday, February 11, 2014

COLLAGEN POWDER

U can see beberapa khasiat produk ni.
Tak beli sampai 6 kotak pun boleh lagi. Saya akan bagi harga terbaik InsyaAllah.
  • Melembabkan kulit 
  •  Mengurangkan kekasaran & kekeringan
  •  Meningkatkan penampilan keseluruhan
  • Melembut dan melicinkan kulit
  • Mengekalkan make up anda
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti
  • Meningkatkan ketebalan rambut
  • Meningkatkan keserian, tona & warna kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan
Khasiat dia dah macam kita cucuk botox or Vitamin C tak? So cucuk-cucuk ni mahal kan.. InsyaAllah kalau amik collagen Powder ni akan nampak effect dia dalam masa 8minggu.
Untuk sesapa yang akan berkahwin, bertunang or yang memang nak cantik untuk suami, apa kata cuba produk ni?
Suami-suami di luar sana, kalau bini cantik mesti korang kagum kan?

So cepat-cepat contact saya untuk tahu harga promosi dan untuk konsultasi tentang produk shaklee yang lain. InsyaAllah saya membantu sebaik mungkin.

Your trusted Distributor
Masnoniwati| ID : 1094565 SMS/Whatsapp : 013-9660431